- sebaik sahaja anda sah sebagai tunangnya , mulakan berkebal kenalan dengan keluarga menantu . andai tinggal berjauhan , hubungilah mereka melalu telefon sekadar bertanya khabar . jika duduk berhampiran , cuba luangkan waktu berkunjung rumahnya :)
- ketika berkunjung , bawalah buah tangan bersama . sekurangkurangnya dengan membawa kuih ataupon buahbuahan , tetapi lebih elok , membawa cenderehati
- kenali sikap sebenar mertua anda , tanya kepada pasanagan anda , apa yang dia suka dan apa yang dibenci oleh mertua .
- setelah berkahwin , jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka , keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka . situasi ini akan menimbulkan kebencian dihati ibu mertua anda . so , jagajaga ia :)
- setiap kali bertandang , cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya , jangan bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak terasa jemu <3
- berkongsi minat denganya , kalau dia gemar bercucuk tanam,anda juga haruslah bercucuk tanam . kalau dia gemar memasak,tidak salah anda mencuba memasakan kan ?? . tunjukan yang diri anda betul betul berminat dengan apa yang dia suka :)
- apabila tibatiba hari penting seperti ketibaan HARI IBU < ULANG TAHUN PERKAHWINAN < HARI BAPA dan HARI LAHIR , jangan lupa menelefon dan mengucapkan sesuatu . lebih baik anda berkunjung ke rumah dan meraikanya bersama
- paking penting , jaga pertuturan anda . jika sebelum ini anda seorang yang mulut lepas , anda dinasihatkan menjaga pertuturan anda . kata orang , kerana mulut badan binasa .
- setelah selesai majlis kenduri , pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut , terutamanya jika kenduri dilakukan . cubalah mengemas apa yang patut . jangan berat buntot okay :)
- akhir sekali , cuba mengasihi keluarga mertua anda seperti anda mengasihi keluarga anda sendiri . anggap la mereka sebahagian dan darah daging anda sendiri . walaupon anda ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka , pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanyakan khabar :)
pesanan terakhir dari saya , jadikan la keluarga mertua sebagai keluarga kita sendiri <3


No comments:
Post a Comment