Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 22 August 2012

SELAMAT HARI RAYA :)

                                                                  ASSALAMUALAIKUM

bersyukur terhadap allah karna dia masih memberi saya kehidupan sehingga hari ini <3 alhamdulillah
haa , selepas sebulan kita berpuasa kini raya pon menjelma . wahh , happy nya . dapat duit RAYA . hooreyyy . tapi ...sebalik kebahagiaan kami sekeluarga . ada kesedihan di sebaliknya . hummm . tahun nie dan tahun yang sebelumnya macam biase kami sekeluarga beraya tanpa ayahh . hehe , sedih kan . tapi itu lah hakikat yang harus kami tempuhhh . ouh walaupon tanpa ayah , kami cuba meriah kan raya kami .
PICTURE RAYA PERTAMA :)
bersalaman di pagi raya , mohon ampun dan maaf dari mama . pastuu beratur untuk amek duitt . awwwww , part yang paling seronok <3

memang rutin setiap tahun mama akan beli KEK RAYA . ouh yeahhhxx . yummmyy :)


RAYA KEDUA : ziarah saudara mara :)

bergayanya my sista . i love you laaa <3
penug bergaya <3
meet my twin moxx . see , cute ryte . hahaha . i love you baby <3

RAYA KETIGA : 

RAYA KEEMPAT :)
hari ini laa saya dapa SUPRISE . suprise umar ade depan pintuu rumah . pehh,  tade kelam kabut tadi .
btw , thanks coz selalu rindu kat saya :) sya pon rindu kat awak sayang .
kami ttengok movie STEP UP REVOLUTION . 
sorry gambar kabur . sayang , awak SEMPURNA untuk saya <3
TERIMA KASIH :)

Friday, 6 July 2012

We Are Young Fun acoustic guitar instrumental backing track w lyric karaoke

new entri :)


alhamdulillah setelah berapa lama tak update .
malam nie dapat jugak berblog :) hahahah . rindu nya nak bukak blog nie tau <3
haa , urusan semua dah settle . dah daftar club dan ....
nak cerita nie , pointer saya jatuh laa :( sdeyh kan . naseb baik mama tak mara . ishh , tapi agak membebel jugak laa . hurm , na wat cm nee . saya dah usaha <3
haa , kami pon dah bersatu kembali . budak budak rumah semua dah balik . pehh . kepoh gilaa . 
macam rumah bangla dahh . hahah . tapi fun laa <3
tapi yang tak best nya , bila balik keadaan rumah tak berapa nak ellok , ta tau nak sala kan sape:(
dah malas nak panjang kan citer , kang ade plak yg terasa . 
ouh yea , citer pasal first day pergi kolej . fit amek naek kereta dia . tade berhempit . 
da la kete proton pastuu 7 org plak tuu . bapak malu siak . tapi alhamdulullah tade la kena panas nak jalan . hahahha :) pastuu bila turun jea dari kete , semua pandang , macam MISS WORLD turun padang plak . dengan rantai bulubulu nya , haha . nie semua angkara bella .
pastuu ternampak jejaka memakai BAJU KEMEJA MERAH .
awww , dupdapduapdap jantung ku melihatnya <3 siapakah geranganya :)
dia lah JANTUNG HATI saya ( MUHAMMAD UMAR
berseriseri muka bila jumpa dia , almaklumlah dah lame tak berkrpit dengan mamat nie kat kolej .
KEGEMBIRAAN yang tak dapat digambarkan .
lepastuu pergi teman mysyg g KLINIK , dia sakit . sian dia .
pehhh , tade lama nak menunggu :( mengantuk plak tuu . macam nak tidor jea kat klinik tuu .
tapi demi sayang saya , saya sanggup tunggu , dengan pakai baju kurungnya .pehh , tade AYU :)
hahaha , bila dah abis teman dia , kiterang g PLAZA LOW YAT servey HP 
satu bangunan tuu kiterang tanya hp CORBY 2 yang paling murah , almaklumlah . saving katenya
lepastuu bila dah dapat , cari cover plak . tapi penat punya pasal 
amek keputusan untuk balik . sumpah penat mane taknya 5 hari berturut turut jalan :(
duit pon banyak keluar , ishhhh <3 pastuu kiterg tengok movie . ouhyeah2X
movie SNOW WHITE & HUNTSMAN not bad laa . tapi mase tuu tak dapat focus sbb 
saya lapar , saya focus kat KFC , haha.  sian sayang saya layan sorang movie .
alalala , penat sangat tapi FUN :) 
k lahh , nak tido <3 selamat malam cinta . iloveyou . mimpi saya tau . mmuahhxx

Sunday, 24 June 2012

10 TANDA SI DIA JODOH ANDA



Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita?
Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. 

Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. 

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya.

Tuesday, 19 June 2012

HAPPY BIRTHDAY SAYANG


alhamdulillah , rasa syukur kepadamu kerana masih memberi saya peluang untuk bernafas dimuka bumi ini .
selamat malam semua :) 
saya nak cerita niee , penat sangat hari ini . hadusss . maklum lahh hari nie clebrate BIRTHADAY HUBBY saya <3 saya harap dia suka ape yang saya wat kat dia .
nak tau tak , sebenarnya saya sekeluarga nak wat suprise kat dia , tapi terkantoi sbb saya tulis status kat fb .
alamakkkk , isshhh :) saya ingat dia tak online . tapi tape laa . benda dah jadi .
hohooh , pape hal pon seronok sangat tadi . dia teman kiterang shophing . ouh ya , lupa nak bg tau kami makan kat RESTORAN BUMBU DESA . restoran TRADISIONAL orang INDONESIA <3
pastuu mama ckap kalau ade rezeki mama nak ajak bie saya balik kg mama yang kat INDONESIA .
hahahha , pastuu tadi mama sembang ngan dia . alhamdulillah .
cinta kami di restui oleh mama . sekarang saya pulak yang kena berusaha untuk ambil hati MAK MERTUA 
saya yang kat PERLIS tuu . alamakkkk , macam mana nie ??walaumacam mane pon saya kena jugak amik aty mak mertua saya . hahahhahhahaha . biar susa dulu , janji naty senang :)
kena belajar masak la lepas nie . tapi tape . 
asalkan jalan kami dipermudahkan . hahah .
btw , HAPPY BIRTHDAY MUHAMMAD UMAR ABDUL AZIZ <3
saya harap ape yang di hajati dan yang diimpikan akan tercapai . semoga murah rezeki dan panjang umur amin :) iloveyousayang

some pictures that we snap <3








Saturday, 16 June 2012

I M I S S Y O U A Y A H


sebelum saya menulis entri ini sila sedia kan sedekah al - fatihah kepada ayah tercinta ( SAHRUL BIN HUSSEIN) yang
telah kembali ke raahmatullah .
bismillahirahmanirahim, al- fatihah.....
semoga rohnya di tempat kan dengan orang yang beriman

ya allah , bila HARI BAPA jea mestu sebak hati nie . mane tak nya semua orang ade ayah ,
sedang kan saya dan adik beradik saya ?? kami cuma ade mama jea da;lam dunia ini .
sedihh kan , inilah hakikat yangn harus kami tempuhi sekeluarga .
walaupon berat lepas pemergian ayah, tapi kami tempuhi dengan segala rintangan .
yea , saya akui . saya bukan lah anak yang mendengar kata , yang baik ataupon yang berdisiplin .
saya selalu bagi ayah saya marah , setiap hari ape yang saya nak mesty ade depan mata saya .
setiap hari saya akan merajuk kalau tak dapat ape yang saya nak .
tapi dia sabar dengan kerenah anak anak dia , dia tetap pujuk kami walaupon kami dah besar .
saya rindu kan kasih sayang seorang insan yang bernama ayah .
mungkin ini TAKDIR saya :(
saya CEMBURU bila tengok keluarga BAHAGIA . ade ayah , ade mak , ade akak , ade abg , ade adikk .
sekarang saya pon HAPPY , dengan ade nya mama , adik , tapi keluarga tidak lengkap tanpa kehadiran ayah . saya harap ayah di tempat kan dengan orang beriman . 
walaupon orang nampak saya happy , tapi dari sudut hati kecil saya hanya tuhan saja tahu betapa sedih nya saya . saya mintak maaf ayah sebab tak boleyh jadi macam ayah nak . 
tapi saya selalu doa kan untuk ayah .
along rindu ayah <3
tade sape yang boleyh ganti ayah kedudukan ayah di dalam keluarga .
ayah ialah ayah terbaik yang pernah saya jumpa :)
along nak AYAH tahu yang along S A Y A N G A Y H S A N G A T S A N G AT :)


Friday, 8 June 2012

kalau di berikan kesempatan ...



kalau saya di berikan kesempatan saya nak hidup UNTUK SELAMA NYA BERSAMA AWAK ,
kalau saya di berikan kesempatan saya ingin bersama awak sampai ke NAFAS TERAKHIR saya
kalau saya di berikan kesempatan saya saya ingin SAYANG dan CINTA awak SEPENUH HATI saya
kalau saya di berikan kesempatan saya ingin BAHAGIA kan awak UNTUK SELAMA LAMANYA
kalau saya di berikan kesempatan saya mahu MEMBINA MASJID bersama awak
kalau saya di berikan kesempatan saya ingin MENATAP WAJAH awak SETIAP DETIK
kalau saya di berikan kesempatan saya ingin MENJAGA awak hingga AKHIR WAKTU
kalau saya di berikan kesempatan saya ingin MENGHABISKAN SISA SISA WAKTU saya BERSAMA AWAK
kalau saya di berikan kesempatan saya ingin MEMBUAT AWAK TERSENYUM DAN TERTAWA 
kalau saya di berikan kesempatan saya ingin MEBGERJAKAN UMRAH bersama AWAK
kalau saya di berikan kesempatan saya ingi MENJADI IBU KEPADA ANAK ANAK AWAK
kalau saya di berikan kesempatan saya ingin MENJADI PERMAISURI DI HATI AWAK :)

kalau saya di berikan kesempatan saya  teringin untuk melakukan ape sahaja untuk BAHAGIA kan awak .
saya akan MENJADI PERMAISURI di dalam HATI AWAK untuk SELAMALAMANYA :)


{dedicate for muhammad umar )